Bengkel Kerjaya

4 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 03 Mac 2020, Pusat Internet Taman Sepakat Jaya telah mengadakan Bengkel Kerjaya. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membantu dan membimbing pelajar lepasan SPM dan STPM untuk mengisi kekosongan jawatan kosong kerajaan. Para peserta diddedahkan dengan tiga laman sesawang jawatan kosong iaitu SPA, SPANS dan Job Malaysia.

Bengkel ini turut diselitkan dengan aktiviti ‘mock interview’ dimana setiap peserta akan ditemu duga seolah-olah mereka sedang ditemuramah oleh majikan. Selain itu, cara memohon sesuatu jawatan kosong menggunakan Email turut didedahkan kepada para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali